Rain Rain Go Away

Assalamualaikum wbt... Nampak pelik sikit tajuk post kali ini... Haha.. Sebenarnya saya ingin mengaitkan tajuk dengan cuaca dua tiga hari ini... Pada ketika saya menulis entri ini, cuaca pagi ini sangat berkabus... Tiada tanda-tanda hujan akan turun, namun kita tidak dapat pastikan ia akan berterusan, kerana cuaca sekarang, sangat cepat berubah, paginyacerah, tiba-tiba hujang di tengah hari... Benar juga ada pepatah yang berbunyi, Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.... biarpun ia bukan membawa maksud tentang cuaca... tapi, keadaan cuaca yang terdapat dalam pepatah berkenaan menjadi kenyataan sekarang ini... Wah... tak dapat berceloteh panjang pagi ini, anak-anak dah tunggu, hari ini ada temujanji dengan pihak hospital, yang berkaitan dengan anak... Cadangnya saya hendak juga memasukkan dua keping foto dalam setiap entri yang ditulis, untuk tatapan anda semua, cuma masih belum berkesempatan lagi. In Sha Allah, bla dah ada ruang masa, saya akan laksanakan jua... Ok. Mohon permisi dahulu ya... Sekian... Wassalam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Daun Sintang

Daun Sintang (Sambungan)

Anak Anugerah & Amanah Allah