Selamat Kembali

Assalamualaikum wbt... Tergerak hati pada pagi ini untuk menjenguk kembali blog yang telah lama ditinggalkan... banyak perkara yang telah lupa macamana hendak mengubah atau mengedit blog ini... nampak gayanya, aku kena berguru semula selepas ini... Apapun, terima kasih yang sudi singgah di blog aku di sini... Kalau ada kelapangan, nanti akan aku masukkan apa-apa sahaja info ke dalam blog ini... Sekarang dah bermula musim cuti sekolah bagi negeri Johor, Kelan, Terengganu dan Kedah... Negeri-negeri lain, esok bermula cuti... Selamat bercuti diucapkan kepada para murid dan pelajar, juga kepada para guru... Isilah masa cuti ini dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat... Teramat banyak perkara yang boleh dilakukan kepada anak-anak seperti membantu ibu bapa, mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas-kelas tuisyen, belajar mengaji dan mantapkan ilmu tajwid ... Semoga kesempatan ini, sangat bermakna... Selamat bercuti semua... Kepada para guru pula, banyak tugas yang perlu dibereskan, maka, bekerjalah secara berhemah, jangan sabotaj diri anda, jangan sesekali tertekan dengan tugasan, ingatlah pada satu perkara, apapun kerja yang kita lakukan, ia tak pernah habis... Bertepatan dengan mafhum hadis daripada baginda SAW : "Bekerjalah untuk dunia kamu seolah-olah kamu ingin hidup selama-lamanya, dan beramallah untuk akhirat kamu, seolah-olah kamu akan mati esok..." Saya mohon undur diri dahulu ye... Jumpa lagi...wassalam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Daun Sintang

Daun Sintang (Sambungan)