Daun Sintang

Post kali ini tentang suatu jenis daun yang digunakan oleh orang-orang tua dalam masakan mereka. Sebab itulah, kebanyakan masakan orang-orang tua atau yang lebih dikenali dengan istilah masakan ibu, ianya lebih lazat dan menyelerakan. Jelas sekali terasa aroma keenakannya di kebanyakan tempat di kampung-kampung, bukannya di bandar. Memang tidak dapat dinafikan lagi, pada hari ini, yang dikenali dengan istilah zaman millennium, amat sukar untuk mencari masakan-masakan ibu yang kebanyakannya menggunakan daun-daun kayu yang diambil dari hutan belantara.

Justeru, kesempatan kali ini, saya ingin memperkenalkan suatu jenis daun yang digunakan dalam masakan nasi kerabu (Kelantan). Info ini ditujukan khas kepada rakan-rakan di luar sana yang kurang atau tidak mengenali daun ini. Jika anda melihat foto di bawah, itulah daun yang saya maksudkan, ia dikenali dengan nama ‘Daun Sintang’ mengikut istilah kampung. Kalau istilah saintifik, saya kurang arif. Harap-harap, selepas ini, ada orang yang lebih arif, dapat memberikan nama saintifiknya





Bagi anda yang berasal dari kampung, anda boleh cuba cari daun ini, ia sejenis tumbuhan liar dan hidup dalam hutan belantara serta ia jenis tumbuhan menjalar. Perhatikan foto berikut, di kawasan tersebutlah biasanya ia boleh diperolehi.

Untuk pengetahuan anda sekalian, nama tempat di dalam gambar yang dipostingkan ialah di Kampung Belukar Neting, 16200 Tumpat, Kelantan. Semasa saya ke sana untuk memetiknya, kawasan berkenaan sudah di’sodok’ (loghat Kelantan) iaitu telah diratakan. Munkin tempat tersebut akan didirikan bangunan. Sayangnya, di mana lagi akan saya perolehi pada lain kali, sekiranya kawasan berkenaan benar-benar akan dimajukan. AKAN BERSAMBUNG.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Daun Sintang (Sambungan)

Selamat Kembali