Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2010

Daun Sintang (Sambungan)

Imej
Selepas memetiknya, daun ini akan dileraikan satu persatu (rujuk gambar di bawah) dan akan dikisar sehingga lumat. Sesudah itu, daun yang dikisar tadi akan dimasukkan ke dalam beras yang dimasak di dalam periuk. Kalau daun itu sudah tua, hasilnya akan lebih baik. Nasi kerabu yang bakal masak akan kelihatan ungu gelap. Sebaliknya, jika daun itu masih muda, warnanya akan sedikit pudar. Apapun, rasanya masih lebih kurang sama. Kepada rakan-rakan pengunjung di luar sana, selamat mencuba, cubalah ke hutan sekali sekala, untuk mencarinya, kalau dah jumpa, jangan lupa bawa balik dan tanam di rumah, walaupun ia bukan untuk digunakan pada lain masa, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh jadikan ia sebagai pokok hiasan dan boleh juga dijadikan sebagai koleksi. Sehingga berjumpa lagi...

Daun Sintang

Imej
Post kali ini tentang suatu jenis daun yang digunakan oleh orang-orang tua dalam masakan mereka. Sebab itulah, kebanyakan masakan orang-orang tua atau yang lebih dikenali dengan istilah masakan ibu, ianya lebih lazat dan menyelerakan. Jelas sekali terasa aroma keenakannya di kebanyakan tempat di kampung-kampung, bukannya di bandar. Memang tidak dapat dinafikan lagi, pada hari ini, yang dikenali dengan istilah zaman millennium, amat sukar untuk mencari masakan-masakan ibu yang kebanyakannya menggunakan daun-daun kayu yang diambil dari hutan belantara. Justeru, kesempatan kali ini, saya ingin memperkenalkan suatu jenis daun yang digunakan dalam masakan nasi kerabu (Kelantan). Info ini ditujukan khas kepada rakan-rakan di luar sana yang kurang atau tidak mengenali daun ini. Jika anda melihat foto di bawah, itulah daun yang saya maksudkan, ia dikenali dengan nama ‘Daun Sintang’ mengikut istilah kampung. Kalau istilah saintifik, saya kurang arif. Harap-harap, selepas ini, ada orang yang leb

Selamat Kembali

Wah…sudah agak lama aku tidak ‘update’ blog ini. Baru hari ini terdetik di hati untuk ‘jengok’ blog sendiri. Kekangan masa dan tugas, menjadikan sebab utama blog ini tidak dikemaskini. Apapun, itu semua adalah alasan kan….Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Kecetekan pengetahuan tentang blog ini sebenarnya yang menjadi puncanya. Maklumlah aku ini ibarat ‘buah cempedak di luar pagar…saya budak baru belajar’ mendalami cara membina blog sendiri…berguru dengan seorang kawan yang sedang bertugas di negeri di bawah bayu, tidak sampai 3 jam, pada hujung tahun lepas, dek kerana waktu itu adalah musim banjir, malam pula tu, jadi tak boleh ke mana-mana, jadi aku membuat keputusan bertandang ke rumahnya untuk belajar membina blog… Mana mungkin kurang 3 jam, aku mampu mendalami ilmu membina blog dengan sebaik mungkin, seterusnya menghasilkan sebuah blog yang menarik untuk tatapan pengunjung sekalian. Tujuan utama aku bina blog ini pun, aku sendiri tidak pasti. Apapun, bolehlah aku gunakan ruangan y