Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Anak Anugerah & Amanah Allah

Imej
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Ia juga adalah satu amanah yang amat besar. Mesti dijaga, dididik, dibimbing, dipimpin dengan sebaik-baiknya, agar menjadi hamba Allah yang patuh dan taat segala perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mentaati Rasul-Nya, mengikuti sunnah rasul-Nya, mentaati kedua orang tuanya, masyarakat dan alam sekeliling agar menjadi insan yang berguna dan mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara demi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Didiklah seawal usianya, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sumber utama didikan, jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya, agar tidak tersasar dari landasan agama yang sebenar. Ibu bapa yang melahirkan terlebih dahulu mesti memperbaiki diri, agar segala didikan dan asuhan yang diberi akan menjadi, jangan pula seperti kata pepatah, ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan ia sendiri berjalan mengiring. Sama-samalah kita insafi kelemahan diri dan cuba perbaiki demi kepentingan um

Tip Perancangan Kewangan

Kepentingan Insurans 1. Membayar gantirugi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang telah dicuri. 2. Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga anda menerima rawatan di hospital. 3. Menyelenggara perbelanjaan kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan penyakit kritikal atau kemalangan. 4. Menyediakan bantuan kewangan untuk keluarga sekiranya anda kehilangan upaya atau meninggal dunia, terutamanya jika anda penyumbang sumber nafkah utama. Sekadar info untuk kita semua dan penjenguk budiman. Terima kasih. Sumber : Sinar Harian 28 Mei 2010 M/S N11

Daun Sintang (Sambungan)

Imej
Selepas memetiknya, daun ini akan dileraikan satu persatu (rujuk gambar di bawah) dan akan dikisar sehingga lumat. Sesudah itu, daun yang dikisar tadi akan dimasukkan ke dalam beras yang dimasak di dalam periuk. Kalau daun itu sudah tua, hasilnya akan lebih baik. Nasi kerabu yang bakal masak akan kelihatan ungu gelap. Sebaliknya, jika daun itu masih muda, warnanya akan sedikit pudar. Apapun, rasanya masih lebih kurang sama. Kepada rakan-rakan pengunjung di luar sana, selamat mencuba, cubalah ke hutan sekali sekala, untuk mencarinya, kalau dah jumpa, jangan lupa bawa balik dan tanam di rumah, walaupun ia bukan untuk digunakan pada lain masa, tetapi sekurang-kurangnya kita boleh jadikan ia sebagai pokok hiasan dan boleh juga dijadikan sebagai koleksi. Sehingga berjumpa lagi...

Daun Sintang

Imej
Post kali ini tentang suatu jenis daun yang digunakan oleh orang-orang tua dalam masakan mereka. Sebab itulah, kebanyakan masakan orang-orang tua atau yang lebih dikenali dengan istilah masakan ibu, ianya lebih lazat dan menyelerakan. Jelas sekali terasa aroma keenakannya di kebanyakan tempat di kampung-kampung, bukannya di bandar. Memang tidak dapat dinafikan lagi, pada hari ini, yang dikenali dengan istilah zaman millennium, amat sukar untuk mencari masakan-masakan ibu yang kebanyakannya menggunakan daun-daun kayu yang diambil dari hutan belantara. Justeru, kesempatan kali ini, saya ingin memperkenalkan suatu jenis daun yang digunakan dalam masakan nasi kerabu (Kelantan). Info ini ditujukan khas kepada rakan-rakan di luar sana yang kurang atau tidak mengenali daun ini. Jika anda melihat foto di bawah, itulah daun yang saya maksudkan, ia dikenali dengan nama ‘Daun Sintang’ mengikut istilah kampung. Kalau istilah saintifik, saya kurang arif. Harap-harap, selepas ini, ada orang yang leb

Selamat Kembali

Wah…sudah agak lama aku tidak ‘update’ blog ini. Baru hari ini terdetik di hati untuk ‘jengok’ blog sendiri. Kekangan masa dan tugas, menjadikan sebab utama blog ini tidak dikemaskini. Apapun, itu semua adalah alasan kan….Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Kecetekan pengetahuan tentang blog ini sebenarnya yang menjadi puncanya. Maklumlah aku ini ibarat ‘buah cempedak di luar pagar…saya budak baru belajar’ mendalami cara membina blog sendiri…berguru dengan seorang kawan yang sedang bertugas di negeri di bawah bayu, tidak sampai 3 jam, pada hujung tahun lepas, dek kerana waktu itu adalah musim banjir, malam pula tu, jadi tak boleh ke mana-mana, jadi aku membuat keputusan bertandang ke rumahnya untuk belajar membina blog… Mana mungkin kurang 3 jam, aku mampu mendalami ilmu membina blog dengan sebaik mungkin, seterusnya menghasilkan sebuah blog yang menarik untuk tatapan pengunjung sekalian. Tujuan utama aku bina blog ini pun, aku sendiri tidak pasti. Apapun, bolehlah aku gunakan ruangan y