Musim Banjir Kini Kembali...

Assalamualaikum semua... Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk musim banjir... begitu pantas masa berlalu... Bila bercerita pasal banjir, semalam, ada dua berita tentang mangsa banjir yang lemas, satunya berita yang berlaku di Pantai Sri Tujoh, Tumpat, Kelantan, dan satu lagi berlaku di salah sebuah tasik di kawasan Damansara, Kuala Lumpur... Peristiwa yang pertama melibatkan dua kehilangan jiwa, dua orang kanak-kanak yang masing-masing berusia 9 dan 11 tahun, dengan kata lain, murid darjah 3 dan 5... Begitu juga di kawasan Damansara, juga melibatkan kanak-kanak yang sebaya mereka, malangnya, jumlah mangsa yang lemas ialah 4 orang... Sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Qada' dan Qadar, kita menerimanya dengan redha, sebab itu semua menjadi sebab penyebab sahaja, kerana Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang menyatakan bahawa apabila tibanya saat kematian seseorang hamba-Nya, maka tidak akan terlewat atau terlebih walaupun sesaat... Apapun, kita sebagai hamba-Nya, masih boleh mengelakkannya daripada berlaku dengan kita berusaha seperti mengawasi pergerakan anak-anak terutamanya pada musim tengkujuh ini... Selebihnya, kita berdoa dan bertawakkal, andai berlaku juga, kita pasrah dan redha dengan ketentuan-Nya... Baiklah... mohon undur diri dahulu, in sha Allah, kita jumpa lagi...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Daun Sintang

Daun Sintang (Sambungan)

Selamat Kembali