Selamat Kembali

Wah…sudah agak lama aku tidak ‘update’ blog ini. Baru hari ini terdetik di hati untuk ‘jengok’ blog sendiri. Kekangan masa dan tugas, menjadikan sebab utama blog ini tidak dikemaskini. Apapun, itu semua adalah alasan kan….Nak 1000 daya, tak nak 1000 dalih. Kecetekan pengetahuan tentang blog ini sebenarnya yang menjadi puncanya. Maklumlah aku ini ibarat ‘buah cempedak di luar pagar…saya budak baru belajar’ mendalami cara membina blog sendiri…berguru dengan seorang kawan yang sedang bertugas di negeri di bawah bayu, tidak sampai 3 jam, pada hujung tahun lepas, dek kerana waktu itu adalah musim banjir, malam pula tu, jadi tak boleh ke mana-mana, jadi aku membuat keputusan bertandang ke rumahnya untuk belajar membina blog…

Mana mungkin kurang 3 jam, aku mampu mendalami ilmu membina blog dengan sebaik mungkin, seterusnya menghasilkan sebuah blog yang menarik untuk tatapan pengunjung sekalian. Tujuan utama aku bina blog ini pun, aku sendiri tidak pasti. Apapun, bolehlah aku gunakan ruangan yang ada ini untuk menyatakan apa-apa sahaja mengikut kehendak sendiri. Kalau pengunjung sekalian ada cadangan, silakanlah kemukakan, aku sudi menerimanya. Cukuplah dulu untuk kali ini…Insyaallah, sehingga berjumpa lagi….Babai…Assalaamualaikum…

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Daun Sintang

Daun Sintang (Sambungan)

Musim Banjir Kini Kembali...