Lagi Berita Malang Tidak Berbau

Sedang asyik aku menonton filem Sarjan Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, lebih kurang jam 11.20 malam, aku terdengar deruan siren bomba....dalam kepala aku...ah, mana pulak berlaku kebakaran ni...aku cuba menghayati bunyi siren itu, aku dapat pastikan, kereta bomba sedang menghala ke Pantai Sri Tujuh, ah.....biarkanlah....getus hatiku....tidak lama kemudian, aku terdengar sebuah motosikal sedang membunyikan hon kepada salah sebuah rumah jiran aku....aku tak dengar apa yang mereka bualkan...kononnya malas nak jaga tepi kain orang malam-malam begini...aku dapati, kakakku cuba mencuri dengar perbualan mereka...selepas itu, beliau meaklumkan kepadaku....anak Pi Aye accident....naik kereta merah....

Ah...baru aku tahu, dan aku buat kesimpulan, bukan kebakaran, tapi kes kemalangan yang menjadi penyebab utama bergegasnya bomba ke tempat kejadian.....Tak lama kemudian...adikku yang sedang nyenyak tidur, terkejut dengan bunyi handphonenya...panggilan daripada kawannya, dan memaklumkan apa yang berlaku....dan pastinya, sememangnya anak jiranku kemalangan, kereta yang dipandunya terbabas dan telah melanggar pagar SMK Geting....kereta iswara yang dipandunya remuk....dan berita yang pasti memilukan....anak jiranku itu telah menemui ajalnya.....

Pada waktu ini, kedua orang tuanya sedang berada di Tanah Suci Mekah kerana menyahut seruan Ilahi, iaitu menunaikan fardu haji...manakala anaknya yang berada di tanah air, juga menyahut seruan Ilahi, pergi menemui Khaliqnya untuk selama-lamanya....Kepada pengunjung semua, marilah kita sedekahkan sepotong al-Fatihah, mudah-mudahan rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama roh orang yang beriman....Al-Fatihah...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Daun Sintang

Daun Sintang (Sambungan)

Selamat Kembali