Catatan

Rain Rain Go Away

Assalamualaikum wbt... Nampak pelik sikit tajuk post kali ini... Haha.. Sebenarnya saya ingin mengaitkan tajuk dengan cuaca dua tiga hari ini... Pada ketika saya menulis entri ini, cuaca pagi ini sangat berkabus... Tiada tanda-tanda hujan akan turun, namun kita tidak dapat pastikan ia akan berterusan, kerana cuaca sekarang, sangat cepat berubah, paginyacerah, tiba-tiba hujang di tengah hari... Benar juga ada pepatah yang berbunyi, Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari.... biarpun ia bukan membawa maksud tentang cuaca... tapi, keadaan cuaca yang terdapat dalam pepatah berkenaan menjadi kenyataan sekarang ini... Wah... tak dapat berceloteh panjang pagi ini, anak-anak dah tunggu, hari ini ada temujanji dengan pihak hospital, yang berkaitan dengan anak... Cadangnya saya hendak juga memasukkan dua keping foto dalam setiap entri yang ditulis, untuk tatapan anda semua, cuma masih belum berkesempatan lagi. In Sha Allah, bla dah ada ruang masa, saya akan laksanakan ju

Musim Banjir Kini Kembali...

Assalamualaikum semua... Pejam celik pejam celik, hari ini dah masuk musim banjir... begitu pantas masa berlalu... Bila bercerita pasal banjir, semalam, ada dua berita tentang mangsa banjir yang lemas, satunya berita yang berlaku di Pantai Sri Tujoh, Tumpat, Kelantan, dan satu lagi berlaku di salah sebuah tasik di kawasan Damansara, Kuala Lumpur... Peristiwa yang pertama melibatkan dua kehilangan jiwa, dua orang kanak-kanak yang masing-masing berusia 9 dan 11 tahun, dengan kata lain, murid darjah 3 dan 5... Begitu juga di kawasan Damansara, juga melibatkan kanak-kanak yang sebaya mereka, malangnya, jumlah mangsa yang lemas ialah 4 orang... Sebagai seorang mukmin yang beriman kepada Qada' dan Qadar, kita menerimanya dengan redha, sebab itu semua menjadi sebab penyebab sahaja, kerana Allah telah berfirman dalam kitab-Nya yang menyatakan bahawa apabila tibanya saat kematian seseorang hamba-Nya, maka tidak akan terlewat atau terlebih walaupun sesaat... Apapun, kita sebagai hamba-Nya

Selamat Kembali

Assalamualaikum wbt... Tergerak hati pada pagi ini untuk menjenguk kembali blog yang telah lama ditinggalkan... banyak perkara yang telah lupa macamana hendak mengubah atau mengedit blog ini... nampak gayanya, aku kena berguru semula selepas ini... Apapun, terima kasih yang sudi singgah di blog aku di sini... Kalau ada kelapangan, nanti akan aku masukkan apa-apa sahaja info ke dalam blog ini... Sekarang dah bermula musim cuti sekolah bagi negeri Johor, Kelan, Terengganu dan Kedah... Negeri-negeri lain, esok bermula cuti... Selamat bercuti diucapkan kepada para murid dan pelajar, juga kepada para guru... Isilah masa cuti ini dengan melakukan perkara-perkara yang bermanfaat... Teramat banyak perkara yang boleh dilakukan kepada anak-anak seperti membantu ibu bapa, mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas-kelas tuisyen, belajar mengaji dan mantapkan ilmu tajwid ... Semoga kesempatan ini, sangat bermakna... Selamat bercuti semua... Kepada para guru pula, banyak tugas yang perlu diberesk
Assalaamualaikum wbt... Wah, lama betul tak jenguk kat 'rumah' sendiri ni... rasanya macam dah berminat untuk kembali aktif dalam dunia blog ini... setelah lamanya menyepi, kini terasa ingin kembali... banyak perlu yg ingin dikongsikan di sini... untuk semua pengunjung di sini... Itu sahaja sebagai pembuka bicara dan sebagai permulaannya... Hingga berjumpa lagi... Salam...
Imej
Assalamualaikum wbt... Lama betul x jenguk blog aku ni... Ni dia rumahku yang sudah 70% siap...

Anak Anugerah & Amanah Allah

Imej
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya. Ia juga adalah satu amanah yang amat besar. Mesti dijaga, dididik, dibimbing, dipimpin dengan sebaik-baiknya, agar menjadi hamba Allah yang patuh dan taat segala perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mentaati Rasul-Nya, mengikuti sunnah rasul-Nya, mentaati kedua orang tuanya, masyarakat dan alam sekeliling agar menjadi insan yang berguna dan mampu berbakti kepada agama, bangsa dan negara demi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Didiklah seawal usianya, bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sumber utama didikan, jadikanlah Al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya, agar tidak tersasar dari landasan agama yang sebenar. Ibu bapa yang melahirkan terlebih dahulu mesti memperbaiki diri, agar segala didikan dan asuhan yang diberi akan menjadi, jangan pula seperti kata pepatah, ketam mengajar anaknya berjalan lurus, sedangkan ia sendiri berjalan mengiring. Sama-samalah kita insafi kelemahan diri dan cuba perbaiki demi kepentingan um

Tip Perancangan Kewangan

Kepentingan Insurans 1. Membayar gantirugi barangan peribadi atau mendapat gantian barangan yang telah dicuri. 2. Membayar bil perubatan apabila anda atau keluarga anda menerima rawatan di hospital. 3. Menyelenggara perbelanjaan kewangan apabila anda tidak lagi berupaya bekerja disebabkan penyakit kritikal atau kemalangan. 4. Menyediakan bantuan kewangan untuk keluarga sekiranya anda kehilangan upaya atau meninggal dunia, terutamanya jika anda penyumbang sumber nafkah utama. Sekadar info untuk kita semua dan penjenguk budiman. Terima kasih. Sumber : Sinar Harian 28 Mei 2010 M/S N11